Wednesday, 3 December 2014

Big Holiday Giveaway by Wani



Assalamualaikum and peace be upon you. ^^

http://wani-siulatbuku.blogspot.com/2014/11/big-giveaway-by-wani.html
Big Holiday Giveaway by Wani

Senarai Hadiah.

Top Refferal (1 pemenang)

~1 Helai Halfmoon Bead Shawl x1 by Norhana Marsom
~Cash RM10 x1 by Yan Saflina

Random.org

~Topup RM5 x2 by Wani
~Mini Notebook x1 by Nurin Aqilah
~Topup RM10 x2 by Yana Afi
~Chewable Vitamin C Shaklee x2 by Fara Fadzil
~2 Brooch x2 by Buttons And Cuteness
~Hadiah Misteri x3 by Ruqaiyah Amanina
~Cash RM10 x1 by Yan Saflina
~Topup RM5 x4 by Hazrina Halim
~Topup Celcom/Maxis x1 by Idah Rashid
~Novel Remaja x2 by Anie
~Set Loom Bands x1 by The Lolly Shoppe
~Topup RM5 x1 by Yun Sing
~Cash RM10 x1 by Amalia Zakiah
~Topup RM10 x2 by Amalia Zakiah
~Topup RM10 x2 by Budak Bandung Laici
~Topup RM5 x1 by Syafiqatunnissa
~Voucher 10% Baju Ladya Shops x1 by Irah Syazirah
~Voucher RM5 di Cayesha Kpop Shop x2 by Shaira
~Voucher RM5 di Hijrah Malaika x2 by Shaira
~Review Blog x3 by Yun Sing

TARIKH TAMAT : 15 Disember 2014



Wednesday, 26 November 2014

1st Giveaway by Anamizu


klik banner kalau nak join :)

 
SYARAT-SYARAT:
1.Follow blog aku ni (ana-mizu.blogspot.com)
2.Copy paste banner GA dan backlink kat entry ni.
3.Tempek je link entry engkorang kat ruangan komen entry ni SAHAJA.
4.Wajib follow semua para penaja GiveAway ni.
5.Done. Senang je kan?
6.GiveAway ni tamat pada 12 pm 28 November 2014. 

HADIAH ! HADIAH ! HADIAH!
Topup RM 5 = 7 pemenang
PARA PENAJA 
Zumal  = Topup RM 30 X 1 pemenang  UPDATED : RM5 X 6 pemenang
Yui  = Topup RM 5 X 1 pemenang
bookmark craft Nurul Yui Collection X 1 pemenang
Scha = 3 set tudung X 3 pemenang [NEW UPDATE!]

Sunday, 23 November 2014

New friend , New teacher , New school !!

Haii , sekian lama tidak menaip .. harini tampil dengan idea baruu .. beberapa bulan yang lepas, dengan cerita FROZEN yang entah apa-apa .. haaaa .... mengarut .. harini dengan entri yang bertajuk seperti yang di atas *malas taip* .. uhhhuuu ..sebenarnya cerita ni sudah lama. But now baru ready nak cerita ..

Mula pindah ke sekolah baru *konon* since 30/03/2014 .. masih ter-ingat-ingat detik tu. Errr , sungguh mengerikan, sebab kena introduce kat depan la apa kan . Benda yang paling tak suka bila jadi "Budak Baru" maybe ~ haha . Sebab pindah ? Tentu rahsia .. aku ada sebab-sebab yang tersendiri. Huhhh , penatnya jadi orang macam aku nii .. Penat dengan *tutt orang .. penat dengan *tuttt ... arghhh benci ..

Sedang mencari seseorang yang benar-benar memahami diri ini ... huhhh , someone ? pleasee .kawan? sokay , i just need someone yang betul-betul nak kawan dengan aku . bukan sebab aku ada kelebihan aku tersendiri . no , no , no. Until now, tak boleh jumpa lagii . dekat sekolah sini la . okay lupa nak cakap aku transfer dari Maktab Makmud Alor Setar to Maktab Mahmud Langkawi ..

Seriously , I really miss there .. But now, tak boleh tukar sana balik sebab ada masalah sikit . Form4 In shaa Allah .. i will do the best for my pt3 .. Hopefully, boleh tukar sana balik .. rindunyaaaaa ..  . Maaf tidak mencapai point yang sebenar dalam entri kali ni . Sebenarnya nak cerita , but I can't . this's prvacy .. Shhhhh .. byeBye ..

Wednesday, 11 June 2014

My Story: Frozen :(


Yuhuu , i'm back my stalker (you're?) *perasan macam ade stalker je , bajet betul*.. berapa hari je lagi nak buka sekolah dahh .. huhuuu *sedih giler* (nampak sangat dia malas belajar budak ni) hehe .. ape-ape pun memang kena pergi sekolah punn :3 Memang sekarang ni serba serbi malas .. memang malas gilerr ..duk rumah dua minggu pun baru berapa post. Kalau tengah sekolah paham-paham je la.

 Sebelum tu nak bagitau awai-awai , yang post kali ni memang sedih-sedih belaka.*Sedih la sangat* Before that , korang sihat ? buat ape cuti ni ? taknak share ke ? helo ~ i'm talking to you .. masih barada disini ? atau tengah beterbangan di awan biru .. okey , mengarut sudah ..
Sementelah panjang lebar dia punya mukadimah dia , sekarang kita sambung okey , ingat lagi ke tajuk entri ni
Frozen :( *muka sedih ini wajib ada*

#Elsa and Anna

 Kenapa sedih pulak  ? sedih la sebab sampai sekarang tak dapat tengok lagi citer tu. Dulu ada peluang nak tengok masa kat asrama , jual mahal sangat . Amek kau. Mula-mula ingatkan tak best , lepas tu baru tahu kata best. Lagipun masa tu homework banyak la yang kena siapkan. Sekarang baru menyesal. Citer tu dah lama la dik ? Yes , i know. But , tak kisah la lama mana pun nak tengok jugak. 

Dah try cari dah untuk download , tapi tak jumpa jugak laa .. huhuu .. Ada siapa-siapa mahu bagi link tak untuk download ? Please la nak tengok sangat ni , kempunan satgi taktau la. Yang dah download tu , korang download kat mane ?

#please share with me  
 Dah pandai sikit buat doodle , nanti boleh buat freebies =p

Tuesday, 3 June 2014

My Story: Masak masak


Haii !! nice to meet you again , huahuaahuaa .. actually , i don't have any idea what to write ..before that , kaifa halukum ? semoga sihat selalu kehendak-Nya. Saya ? Alhamdulillah , sihat .. malah terlebih sihat sampai berat badan pun menguasai. heheh .. biasa la , duduk rumah memang berat naik pun sebab kat rumah ni banyak sangat makanan. Siapa lagi nak makan kalau bukan muka ni.

Okey , disebabkan asyik duk rumah je so my mom pun pesan la suruh goreng ayam untuk makan tengah hari dan disebabkan jemu makan ayam goreng dengan garam kunyit jugak tadi ada la masak different thing sikit dengan adik ngeng ni. Tanya dia nak masak ayam apa ? He reply: Ayam Goreng Lada .. Dalam hati * ish budak macam la aku pandai masak macam tu * Dia kata lagi: Tak kira la , hang masak jugak. Amboi , sedap ja mulut hang. Ingat orang ni apa.

So , ambik laptop search google la apa lagi kan. Cari punya cari , jumpa banyak resepi , tapi kena tengok jugak , barang-barang tu cukup ke tidak , tak gitu ?Akhirnya, jumpa la satu resepi ni yang bahan-bahan dia sangat mudah semua bahan complete, cuma takde sos lada hitam ja. Tak penting sangat pun, kalau tak letak pun rasanya jadi.

So, let's start , disebabkan dia yang nak makan sangat kena tolong la kan , kalau tak , bertuah sangat nak buat, pastu dia makan senang lenang. Hamboii , tidak semudah itu. Apabila sedang memasak , macam-macam la dia nak bunyi

Haih , tambah air , tambah air . Satgi hangit satgi.
Ni masak dak lagi lagi ni?
Ni nak kerat banyak mana ni ?
Banyak tu cukup la .

Macam-macam bunyi lagi sebenarnya, haha . best ja dapat masak-masak ni . bukan selalu kan ? Sedap ke tidak ?Bila masak something new ni macam-macam la rasa dia kan. Tapi , adik kata sedap , hehe just terlebih garam kunyit masa first goreng tu. But, bila makan dengan nasi tak la rasa kata masin. Tapi, not bad rr .. Bawah ni gambar dia , hehe . sempat lagi snap .


 #sumber : SINI !!

Boleh la cuba kat rumah , bahan-bahan dia sangat simple . Boleh didapati kat dapur rumah korang . Countdown Ramadhan 24 days left . Tak sabarnyaa . Okeylah , see you next time . Assalamualaikum :D

Wednesday, 28 May 2014

Other Story: The Liebster Award by Eff

Happy Holiday
For you know , i have been tag by Cik Eff to join this award ..For the first time ,join this .. Mula-mula tak tahu , apa kebenda la ni .. Lepas search at Google .. now, i know .. thanks a lot kepada Cik Eff for choosing me ..mula-mula teragak-agak juga nak jawab .. tapi , jawab je lahh .. i'm try to answer it .. Lets start !!

1) 3 words that describe you.
  • caring
  • kind 
  • understanding
2) What is your fav nickname ? And why?
  • Solehah, because kata-kata itu satu doa ..I want to be anak yang solehah .. So , call me Solehah :)
3) Recommend for me a movie yang interesting. Nak tengok masa cuti hew hew hew.
  • Kimi ni Todoke: From Me to You 

4) Recommend for me a song yang interesting. (dalam kata lain fav song lol)
  • Amar-Sahabat

5)Five things to bring bila nak keluar rumah.
  • Money
  • Handphone
  • Kunci rumah
  • Jam tangan
  • Bawa diri , err.. err..

6)Describe your ideal bestfriend.
  • Seorang yang baik hati , caring , friendly, mudah memahami , suka bagi pendapat n blablablaa

7)If you had a chance to go travel, which country would you like to go ?
  • Paris
  • Mecca
  • London
  • Mesir

8)How long have you been a blogger?
  • Since 2012

9)What is interesting of being a blogger?
  • Boleh mencurahkan ilmu yang ada , walaupun tak banyak mana .
  •  Boleh menulis sesuka hati .. 
  • Boleh mencungkil bakat yang ada .. cewahh

10)Ever been in a relationship? How does it feel when having them?
  • Nope -.-

11)When was the best moment in your life?
  • When with family , friends .. hang sama-sama ..

*sorry if jawapan tak memuaskan , itu ja yang mampu.. hehee

And the nomirates are
Aina Fatini | Mong Sya | Lyssa | Mazni | Zati | Ani
 My questions :
1)How long have you been a blogger ?
2)What is interesting of being a blogger?
3)3 words that describe you.
4)The best movie .
5)Your favourite blogger.
6)Apa tujuan hidup di dunia ini ?
7)Your fav song.
8)Your sweet moment.
9)Which country would you like to go ?
10)Pendapat anda tentang blog ini.
11)Suggestion untuk ditambah baik dalam blog ini.
 #Bila dah siap , just tell me at my cute cbox *perasann*

My Story: Freedom :)


Assalamualaikum , haii !! semoga sihat selalu kehendak-Nya :) saya disini dalam keadaan sihat , dan sememangnya terlebih sihat .. alhamdulillah ..rindunye blog ni .. hehe ..rindu jugak nak menulis ..entri kali ni memang tak boleh blah .. maaf ~
Freedom :)
 Freedom ?? what ? yess ! i'm freedom from the exam , pertengahan tahun form2 .. sememangnya saya sudah besar .. oh , sungguh cepat masa berlalu .. no more exam pertengahan tahun form2 after that .. for the first time i have an exam at new school .. New school ? yess !! Sebenarnya ..eh , not now i want to story morry about that , maybe the next entry .. just wait .. okay , bersambung ..
baru je lepas exam start 11 mei until 25 ,ei , ahad harituu ..

Exam sebanyak 19 paper memang memenatkan , badan penat , otak lagi la penat .. diniah plus akademik , sebagai pelajar sekolah agama ,lagi-lagi  'maahadianz' aku kena la tempuh semua tu .. jihad ! yeahh ..  like usual , exam ada subjek senang .. ada jugak subjek susah .. so , terima dengan tangan yang terbuka :) boleh jawab ? ada boleh , ada tak boleh .. bukanlah seorang yang cerdik pandai boleh menjawab semua soalan dengan hanya memetik jari *cewahh* ..

Setelah penat berjihad , diberi cuti sebanyak 19 hari , memadai ? hehe , lebih daripada memadai .. tapi kalau lebih , itu tidak menjadi masalah .. *banyak cantik muka mung* last exam hari ahad , but , balik hari isnin .. sebab kena celebrate teacher's day .. *nasib baik duduk asrama , kalau tak , takmai dah ... buat cuti sendiri bagi genap 20 hari , hehe *  tapi , saya budak baik , cuti pun kurang .. 

Bahagianya rasa , setelah exam tamat .. yeahh !! i'm just waiting for the result .. hope i get a flying colour result .. Aaamen ..pray for me too ..  err , dah la kali ni kena tandatangan waris .. habislahh .. minta-minta tak panas telinga ==' heheekk .. okay , sudah penat menulis ..Baru sahaja sudah mengedit blog , idea pon tak berapa nak ada .. jadi , inilah hasilnya .. masih tak puas hati lagi ..
semoga kita sama-sama mendapat result yang ok . Aaamenn ... Assalamualaikum :)

 


Friday, 2 May 2014

Other Story: Sunnah Hari Jumaat


ehem-ehem , memandangkan lama dah tak update.. hari ni nak update pasai hari jumaat la pulak ,penghulu segala hari .. lagipun hari ni kan hari jumaat .. teruskan membacaa reader 


minta maaf sebab dah lama tak update , sebenarnya ada semangat dah nak update , tapi , mood takdak idea mai , tambah mood stress nak periksa , tambah pulak kerja menimbun , tambah lagi duduk asrama ..* amboi , banyak sungguh alasannya* hehe , walaupun dah lepas solat jumaat , jumaat akan datang ada lagi kan ? kan ? kan ? huhuu .. patut la panas sangat , nak hujan rupanya kat rumah ni ... baru nak mandi hujan , hujan dah berhenti , nak kena ni .. main-main pulak diaa .. amboii .. hehe ^^ 

btw, tadi otp dengan Busyra , tak lama sangat dalam setengah jam je .. nanti jenoh dia kena bayar pulak .. apa-apapun ,, rindu diaa .. thanks sebab ingat lagi orang ni , wkwkwk ..okaylah .. babaii .. Assalamualaikum , chaww duluu ..

Thursday, 24 April 2014

Other Story: Penyakit Cinta Masyarakat


Haii !! sihat ? Alhamdulillah ..sakit ? sakit ape ? pergi la makan ubat ! hari ni nak share la apa yang ada ..janji tulis kan ? dapat juga berkongsi ilmu walaupun sikit . tak gituu ??


sapa yang stay MMAS time 2013 mesti tau kan ? hehe ~ habis tak tahu nak update ape .. benda ni pun jadi la =="


Marilah sama-sama kita memohon cinta Allah ..

Assalamualaikum , chaww dulu .. ~~

Wednesday, 23 April 2014

Other Story: Tabarruj di Facebook


Kaifaha lukum ? semoga sihat selalu kehendak-Nya :D Today ? Tabarruj di Facebook ? apa itu tabarruj ? tabarruj tu macam mana ? segalanya akan terjawab setelah membaca post kali ni .. acewahh , ayatt ! kemainn 

Facebook merupakan laman sosial kegilaan ramai buat masa kini. Cukup aneh untuk berjumpa dengan seseorang yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya sebuah akaun facebook. Namun di sebalik penggunaan facebook ini, tanpa kita sedari pelbagai dosa berlaku di kalangan pengguna. Ustaz Zaharudin ada mengulas mengenai dosa-dosa & facebook, bagaimanapun saya ingin menfokuskan pada salah satu point yang diberi beliau iaitu 'terlebih gambar'. Sikap suka menunjuk-nunjuk gambar boleh dikaitkan dengan tabarruj, iaitu suatu dosa yang dianggap remeh oleh masyarakat kita. Apakah itu tabarruj? Suatu persoalan yang perlu dihurai lanjut.


TABARRUJ ialah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari rahmatullah 'alaihi ada berkata:
“tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”

Untuk menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan ‘aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi telah baligh dari bertabarruj. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:


“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dari-NYA. Berikut pula mari kita renungi firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Hai isteri-isteri Nabi(a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (Al-ahzab: 32)


Daripada ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah sebahagian daripada ‘aurat wanita juga.Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan”
Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis jenis bauan bagi kaum wanita diwaktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan cirri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.

Ummu salamah ada menceritakan, maksudnya begini:

Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah s.a.w pada suatu hari dengan pakaian yang nipis. Lantas Rasulullah.s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya :“ Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaidh (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.” Ketika itu, Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada muka dan kedua tapak tangan.

Sekarang kita khususkan konsep tabarruj ke dalam penggunaan facebook. Jenguklah sebentar ke laman facebook dan lihatlah bertapa ramai muslimah tanpa segan silu meletakkan gambar-gambar memperlihatkan kecantikan masing-masing dengan pelbagai aksi. Macam-macam gaya ditunjukkan, ada yang menunjukkan peace, ada yang membeliakkan mata, memuncungkan mulut dan sebagainya. Apabila bila ditanya apakah motif memperlihatkan gambar sedemikian rupa? Rata-rata akan menjawab sekadar berkongsi kegembiraan, pengalaman dan sebagainya. Namun tidakkah dapat kita berfikir sejenak, memperlihatkan gambar tersebut boleh mendatangkan pelbagai respon dan persepsi ramai. Terutamanya kepada kaum berlawanan, gambar tersebut dapat mendatangkan keghairahan. Jikalah kaum hawa mengetahui apakah kaum adam berkata sesama sendiri mengenai gambar tersebut, nescaya mereka tidak akan meletak gambar sedemikian rupa lagi!





Islam merupakan agama yang menghendaki kita bersederhana. Janganlah berlebih-lebihan meletak gambar, seolah-olah saling berlawan siapakah memiliki paling banyak gambar. Jika tersangat beringinan untuk menunjukkan wajah diri sebagai pengenalan diri, cukuplah sekadar meletak satu gambar dengan syarat gambar tersebut tanpa aksi-aksi tertentu yang mampu menarik perhatian orang luar. Mudah-mudahan kita mampu melawat sifat ingin menunjuk-nunjuk ini. Nah... mulalah berubah. Anda mampu untuk mengatasi penyakit ini!




Sumber: Sini !!

Eh , gambar kita pon ada macam tu ke ? kalau ada , apa tindakan kita ?biarkan je ? delete ? or , do whatever you want ..  Assalamualaikum :)




Monday, 24 March 2014

Other Story: Cara Wanita Menutup Aurat dengan Betul (Part II)

Kaifa halukum?? Semoga semua sihat selalu ~ Hihihi =Dsebelum ni dah pernah update pasal aurat ni ,so ini yang part II la kan , tak gitu ?? sesiapa yang belum baca yang sebelum ni boleh tekan SINI kali ni taknak tulis banyak-banyak ~ just nak post gambar-gambar yang dapat membantu dalam menjaga aurat kita .. tak best la kan kalau takdak gambar ni .. dia jadi spoil sikit , tak gitu ? hahaha
 jeng .. jeng .. jeng ...








 *klik untuk tumbesaran , minta maaf kalau kecik atau tak jelas tulisan
Dah tengok ? so , amacam ? check balik diri kita macam mana .. *diri ini juga * apa-apa pun istiqamah itu perlu ~
Akhir kata , yang tertutup itu indah  ..
Assalamualaikum ~ tata

Saturday, 22 March 2014

My Story: On My Birthday

Hello , today nak cerita pasal 9 March ..not this day !!hehehe .. tarikh yang ganjil ?
tarikh apakah ??
My Birthday

okay , nak cerita pasai birthday kat reader semua , are you ready ?okay ! malam tu tidur pukul 12.00 tengah malam .bajet nak bangun pukul 2 pagi ..tapi tak bangun bangun . nasib baik bangun pukul 2.35 pagi lepas dengar orang dok bersembang tepi telinga ..huhuhu , sapa yang tak bangun kan ? hahaha , nasib baik la bangun kalau tak , tak menghafal la aku .. for you know , esok tu EXAM .. mau tak stay up ...stay up sampai 4.30 . pastu tidur 15 minit and pegi mandi ..lepas mandi tidur dengan Liyana kat atas katil aku sampai 6.20 ..arghh !! bangun kalut kalut .. pegi ambik wudhuk dan pegi sembahyang .. sempat tahiyat akhir ja .. apa lagi masbuk la ~~ alahaii .. dah la tak kemas katil lagi..ingat nak puasa , sahur pun tak sempat , puasa jugak la .. apa lagii .huhuhuuu ..

 sedihnya lagi , ahli bilik ,sorang pun tak ingat birthday aku ..and bukannya tak ingat , tapi taktau ..kawan kelas ingat la , kan kan kan .. ?? ka tak ingat jugak ? =="kawan sendiri , yang dok baik tahun lepas pun tak ingat , maklum lah exam la katakan ..semua orang kalut baca buku , mana nak ingat . pastu time rehat baru la depa nyanyi .. lalalala ~ thanks sapa yang wish tu ..

Orang yang wish :
First : Asyran Ibtisam ( wish waktu supper malam sebelum hari birthday .. *awai aihh )
Second : Nazariah ( lepas Asyran )
Third : Bazilah ( lepas supper )

Hahah , thanks jadi orang terawal yang wish .. ^_^ dan yang lain , ramai lagi .. terima kasih , thank you , syukran .. walaupun tak bersama keluarga , tapi takpa .. ada kawan-kawan yang lain .. tapi kalau dengan family lagi best .. and thanks jugak dekat Busyra yang ajak pi makan domino's . walaupun share duit , dia bayar lebih .. thank you ^_^ hahaha , kira hadiah birthday la ni kan ?

 Sapa yang bagi hadiah pon thanks jugak ..sayang hampaa semuaa !! :* yang tak bagi lagi tu , bila nak bagi ? hahah .. takdak la xD tak mintak pon , kalau nak bagi apa salahnya kan ? okay , tak tahu nak cerita apa dah ~~ setakat ni saja entri kali ni
tata , assalamualaikum ..

*Solehah doakan reader kali ni akan berjaya dunia wa akhirat , ameen ya rabbal a'lamin ..*

p/s : tak best kalau besday tapi orang taktau , so sebar sebarkan besday anda .. supaya orang tau .. boleh la wish kan ? sambut besday dengan family lagi best ~~ boleh beli kek bagai .. Ngee ~ Hargailah sahabat anda selagi dia masih ada di sisimu !!

Friday, 28 February 2014

My Story: I'm Back

Kaifa halukum ? Alhamdulillah , semoga sihat selalu kehendak-Nya .. Hello peep !! Remember me ?? *bajet macam banyak peminat *Hahah , nvm .. lagipun bkan ada sapa nk baca pon kan ?Dulu seminggu , dua minggu tak update kan ? kan ? kan ? Sekarang 2 bulan sekali baru update , macam bengong lagi . apa jenis blogger la ni , blogger yang tak professional langsung .. okey , okey .. berbalik kepada tajuk asal ...
I'm Back 
Sebelum tu sekarang dah pukul 12.20 pagi , bertarikh 1 Mac hmm , semalam baru ja blik .. harini dh nak kena blik hostel .. tak rasa macam duk rumah ... hmmm .. sedihh ~~ maaf la , bukannya taknak update , tapi , takde masa la .. balik pon dua hari ja ..kerja sekolah berbukit .. mana sempat nak update .. harap faham eah ~ For you know , i'm still stay at maahad alor setar ..memang la asalnya nak pindah maahad langkawi , tapi , ada masalah sikit pertukaran kat sini ,, hati pulak berbelah bahagi taktau nak sekolah mana .*tak tetap pendirian*huhuh , that's me ~~ hmmm ,, tapi .. tapi .. maaf , cakap ~ kat sekolah sini *maahad alor setar*
aku takdak kawan :'( Sekolah dia dah best dah .... tapi ...  hmmm.. itu la masalahnya .. 

Memang orang anggap ini masalah kecik , tapi, ini bkan masalah kecik bagi aku .. kawan memang la ada , but best friend , emm.. aresso ?? what I mean ? tahun lepas pon , rasanya kawan tu kawan dengan aku sebab ..sebab ...sebab dia takdak kawan maybe , sekarang dia dah jumpa kawan baik dia dah .. memang tak salah dia nak kawan dengan sapa-sapa pun .. aku pulak taknak la jadi king control .. Arghhh !! taknak balik ... tolong la .. tolong laaaaa ..

Okey , Stop !! ..  lepas ni aku dah nak exam , wish me luck okey ? this 9 Mac .. that on my birthday !! OMG !! Sampai sini saja , jumpa lagi kawan .. Semoga dapat flying colour result !!Ameen ~~ Doakan saya :') Maaf kalau entri ni pendek :) Assalamualaikum 



Friday, 27 December 2013

My Story: Google Chroom Berwajah Baru

Hai , buat apakah ? hahah
Feeling excited bila nak update tentang 
Google Chroom Berwajah Baru
Hehe , tapi ini google chroom saya je la ..yang awak punya tu saya tak tahu la kan =) heheh , semalam selepas diubahsuai .. aummmm ~~ jom kita tengok !!

Google Chroom 


Facebook Wall

Tema facebook saya kali ni Rilakkuma , betoi dak eja ?
hahah , whatever

Facebook Home


Eh , nampak tak tak sebelah kanan tu , takdak dah iklan yang menyemak tu ..Eh , rasa macam ada nama Asyran Ibtisam kat situu ..Sarah Bahiyah pon ada ? Nuha Sofiyya ? haha , maaf , sapa suruh lalu kat home aku kan ?

Facebook Chat


Untung la sapa yang tengah chat tu , tak tegoq pon :/ yang saya tengah chat tu nama dia warna putih , itulah nama dia tak nampak .. heheh

Twitter

Hohooo , twitter aku berwarna purple .. kau ada ? sebelum ni yang biasa warna blue kan ? hehehokaylah , itu je nak share , terima kasih =)Assalamualaikum ..


My Story: Blog Berwajah Baru

Haii , dah ushaa kan tajuk atas tu ? bunyinya macam mana ? macam ni kan ?
Blog Berwajah Baru
kan ? kan ? kan ? so , harini nak tunjuk sikit kat korang perubahan blog ni =)

Sebelum ..


Selepas ...
hehe , tu lah perubahan blog ni .. yang lama ke yang baru ok lagi ? saya rasa yang baru kot kan ? huhu , dibantu oleh kakak Sya Fi Qah .. tekan sini untuk ke blog comel dia tu =) okaylah , boleh tolong comment apa-apa tak pasaii blog yang baru ni ? hahah .. okaylah , cukup dah kot kan ? babaii .. Assalamualaikum


Wednesday, 25 December 2013

My Story: Happy Birthday Friend

Haii , wit-witt !! berapa hari tak update haa ? two weeks you know !! haha , kemalasan melanda aku , dan terus tak update .. Arghhh !! malas giler you tahu tak ? erm , whatever pon .  intro ni dah lari tajuk , ada perasan ? Tajuk kali ni .
Happy Birthday Friend 
Haa ? who's my friend ? Nama dia : Siti Nurfatirah Binti Azaimi  Hari ni birthday dia ..hehe , tadi out dengan dia , pergi kfc je .. hehe .. Saya bagi hadiah ni dekat dia ..


Hadiah tak seberapa , kita bukannya orang kaya , tapi , kite bersyukur *agak bajet di situ* apaa ?? hadiah macam budak-budak ? memang pon , kite budak kecik lagi tak tahu ? i'm pity you ~ Eh , esok nak tengok citer Barbie in the Pink Shoes  .. Hahaa , memang betul pun *terserlah kebudak-budakkan di situ *
-_- do i care ? Selalunya kitorang keluar 3 je .. dengan Nor Farisha Binti Ahmad Sukri sekali .. hehe , we're BFF , tak jumpa lagi kawan sebaik diorang *sedih*

erm , dalam tu ade ape eh ?saya tak ingat la ..kalau tak silap la kan ..ada tudung , keychain teddy bear dengan kad kot ..entah la .. saya tak ingat .. *joke* haha , 25/ 12 .. birthday fatirah .. kami tak lupa la sayang ~ haha ..
hehehe , aku dah make up dahh ~ hehehesebenarnya aku tak suka letak gambar dalam laman sosial . faham ? entah kenapa .. sebab aku tahu yang aku comel kot .. wkwkw * perah santan* eh , k lahh .. tamat sudah cerita hari ini .. kihkihkihh ..
Assalamualaikum 



Thursday, 19 December 2013

My Story: My Memory

Hai , sihat ??
harap semua sihat-sihat okay !!
saya kurengg sihat sikit hari ni , huhu
Sudah berapa hari tidak update ea ?
rasanya seminggu ..
hehe , sungguh tidak professional ya si blogger ni ..
yes , i am.. ^^
hehe , maaf ya !!
Hari ini nak update tentang 
My Memory
memory apa la pulak ni ???
sebenarnya tak tahu nak update ape ,
hari ape tah kemas-kemas buku yang tak pakai untuk dibuang *buku latihan & sebagainya*
huhu , tiba-tiba terjumpa pulak memory lama .. actually ada jugak yang memory baru .
huhu , kita tengok je la ape yang ade ye (=


Eh , nampak tak tu , tu kawan saya bagi ,
tak sangka masih simpan .. huhu
tiba-tiba terjumpa 
yang tu dari : Syaziewanies Binti Ahmad Hasnul Effendi 
dia kawan dengan saya masa tahun berapa tah ..
tak ingat sangat , pastu dia pindah ..
sebenarnya dia baru ja pindah sekolah saya ,
pastu pindah sekolah lama balik ,
saya pun tak tahu lha kenapa ..
masa tu darjah empat rasa .. huhu

Sambungan 
 Yang tu pulak kenangan darjah lima ,
masa tu jadi calon penolong ketua pengawas ,
kenapa darjah 5 pulak kena buat kerja ?
sebab time tu darjah 6 kena fokus untuk UPSR ,
berapa bulan sebelum kena ambil alih tugas depa dah
tapi masa saya darjah enam , 
lambat sikit darjah 5 ambil alih , haishh 
orang nak fokus pun tak boleh *cehh*
tu pon orang dok kena urus depa lagi , dok suruh ni la , 
dok suruh nu la ..


Yang ni pulak tahun ni 2013
yang ni dari kawan , nama dia :
Nur Na'imah Aqilah Binti Hashim
nama penuh lagi tau , sebenarnya ada kuih sekali ,
dah makan habis dah .
Ooo , admired kami eh ?
haha , takdelah .
kami pon admired hampa rasa .. huhu
Whatever , terima kasih sebab bagi :)
dan terima kasih atas segalanya .
sebab sudi jadi kawan kami ..
walaupun kami tak sempurna , banyak buat salah dengan hampa ,
asiff jiddan      
sudi layan walaupun tak suka kami :)
Okaylah , panjang sangat kot , satgi tak larat baca pulak kan ?
Bangsa Membaca Bangsa Berjaya 
wkaka , hahah ..
okaylah , penat menulis ..
Eh , hari ni result PMR keluar kan ?
share la sikit kakak-kakak oi , tak makan orang eih budak ni 
Sekolah saya 76 orang dapat 9A ,
tumpang bangga ..
Bahasa Arab * subjek tambahan*

Assalamualaikum


Saturday, 14 December 2013

My Story: Siapa Hana Nuha ?


Hai , sihat ?
Hari ni mood terlebih excited la pulak bila rasa nak update tentang
Siapa Hana Nuha ?
Eh , saya rasa mesti berlegar-legar kat fikiran awak yang tengah membaca ni kan ?
haha !! *gelak jahat*
Sebab masuk je blog ni mesti Hana Nuha kan ?
Eh , nak tanya .. awak tahu ke siapa Hana Nuha ?
Tak tahu kan ..
Hana Nuha tu sebenarnyaaa ..
sebenarnyaa ...
sebenarnyaa ...
erm , oklah oklah saya bagi tahu ok ..
tapi kena senyum dulu boleh ?
lepas senyum kita menari boleh tak ? macam ni 

Haha !! ok saya teruskan okey :)
Sebenarnya Hana Nuha tu hanya bayangan awak saje ..
hehe .. orangnya tak wujud pun ..
So , marah saye ekk ..
Sebenarnya , sebelum saya buat blog ni .. kakak saya suruh cari nama ..
kami berdua pun search la internet cari nama yang kiut miut .. haha
Sebab kakak saya yang buat blog ni ..
asalnya blog ni adalah perkongsian antara saya dan kakak 
tapi , asyik saya je dok update semua ...
ini jadi hak saya la kan ?
eh , perah santan pulak dia ..
heheh ..
tapi , kalau dia suruh update ape saya update la ..
hahah * bajet baik*
Okaylah , memperkenalkan diri saya :
Nur Solehah Binti Mohd Nor 
okey , itu nama sebenar tau .. alaa , yang dalam i/c tu ..
haha ..
sekian sahaja entri pada kali ni 
eh , sebelum tu saya nak bagitau yang saya baru tanam pokok , dah besar tiut miut lagi ha ..
ni tengok ni , nanti jangan datang curi rumah saya pulak ..

Assalamualaikum ...

Friday, 13 December 2013

Other Story: 11 Cara Cepat Meninggikan Badan

Hai , korang sihat ?
Hari ini ada request dari adik comel Amanda ,
Dia tanya : petua ap untuk cepat tinggi?? huhu
Ha ! kat sini nak bagi tips sikit , haha 
Awak yang lain pun boleh guna cara ini jugak ~
Selamat mencuba :


11 caranya ialah :

1. Minumlah susu yang berkalsium tinggi.
Susu yang mengandung kalsium cukup tinggi bisa membantu merergenerasi & melenturkan tulang-tulang tubuh untuk dapat tumbuh. Banyak sekali susu yang mengandung kalsium tinggi dengan berbagai merek. Dengan mengkonsumsi susu yang mengandung kalsium tinggi setiap hari secara rutin bisa membantu pertumbuhan tulang & tinggi badan.

2. Membiasakan pola hidup sehat
Seseorang yang memiliki tinggi badan kurang ideal juga dapat dipengaruhi oleh gaya atau pola hidup yang sehat. Salah satu contoh, seseorang yang memiliki tubuh membungkuk akan mempengaruhi tinggi yang akan semakin menurun. Pola hidup yang sehat tidak hanya mempengaruhi keadaan tubuh yang sehat, namun dapat menunjang tinggi badan. Konsumsi banyak makanan, minuman dan sumber gizi lainnya terutama yang mengandung kalsium dan vitamin D yang sangat baik bagi tulang.

3. Istirahatlah yang Cukup.
Badan atau tubuh juga butuh istirahat yang cukup untuk memulihkan dan mengembalikan stamina tubuh. Kualitas istirahat yang benar akan sangat membantu untuk meninggikan badan.

4. Konsumsi Protein nabati
Protein nabati membantu membuat tubuh makin tinggi. Kalian bisa menggunakan kedelai sebagai cara untuk mendapatkan protein. Kalian juga bisa menggunakan olahan kedelai seperti susu, tahu dan tempe agar otot terus bisa tumbuh.

5. Konsumsi Protein hewani
Protein hewani seperti ayam, daging sapi, dsb membantu otot kalian untuk bisa tumbuh. Protein Hewani memberi kalian banyak protein diperlukan untuk pertumbuhan otot. Kalian juga dapat mengonsumsi telur yang kaya akan nutrisi seperti kalsium, Vitamin D dan protein.

6. Olahraga
Untuk mendapatkan tinggi badan, seseorang juga perlu melakukan beberapa jenis olahraga tertentu seperti berenang, bola basket dan beberapa jenis olaharaga lainnya. dengan melakukan olahraga secara rutin dapat membantu membentuk dan merangsang tulang-tulang tubuh untuk membentuk sel-sel tubuh.

7. Skipping
Ketika melompat, aktivitas itu meningkatkan sirkulasi darah dan membantu otot-otot tubuh bagian bawah tumbuh.

8. Vertical hanging
Berpegangan pada tiang yang tinggi dan bergelantungan dapat membantu meningkatkan tinggi badan kalian. Dengan cara bergelantungan di pohon juga bisa, asalkan hati-hati saja.

9. Peregangan vertikal
Berdiri tegak lalu rapatkan kaki, angkat tangan di atas kepala dan mencoba untuk meregangkan sejauh yang kalian bisa seakan-akan tubuh ditarik. Ini membantu semua otot dalam tubuh kalian meregang dan tumbuh.

10. Latihan Menendang
Tendangan adalah latihan penting untuk pertahanan diri. Sekarang pasang kuda-kuda dan mulailah latihan menendang dengan sekencang mungkin. Ini membantu bagian bawah kaki kalian bisa tumbuh. Yaa itung-itung biar bisa nendang kencang untuk bela diri :)

11. Yoga dengan posisi seperti ular kobra
Cobalah bersikap seperti ular kobra yang mengangkat kepalanya. Dalam keadaan tengkurap, angkat setengah badan kalian. Ini akanmembantu otot-otot tubuh bagian atas kalian meregang sehingga tumbuh lebih panjang. Lakukan secara rutin agar hasilnya maksimal dan memuaskan.

Ha ! habis dah nasihat untuk adik Amanda ,

harap adik boleh buat , hahaha
Assalamualaikum