Kaifaha lukum ? semoga sihat selalu kehendak-Nya :D Today ? Tabarruj di Facebook ? apa itu tabarruj ? tabarruj tu macam mana ? segalanya akan terjawab setelah membaca post kali ni .. acewahh , ayatt ! kemainn
TABARRUJ ialah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari rahmatullah 'alaihi ada berkata:
“tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”
Untuk
menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan ‘aurat dan disamping
menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang
demikian Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi telah baligh
dari bertabarruj. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
Dengan
ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di
pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang
bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja
kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dari-NYA. Berikut pula
mari kita renungi firman Allah khasnya yang ditujukan kepada
isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Hai isteri-isteri Nabi(a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (Al-ahzab: 32)
Daripada
ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah
sebahagian daripada ‘aurat wanita juga.Kembali lagi kita kepada jenis
alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan”Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis jenis bauan bagi kaum wanita diwaktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan cirri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.
Ummu salamah ada menceritakan, maksudnya begini:
“ Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah s.a.w pada suatu hari dengan pakaian yang nipis. Lantas Rasulullah.s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya :“ Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaidh (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.” Ketika itu, Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada muka dan kedua tapak tangan.
Sekarang
kita khususkan konsep tabarruj ke dalam penggunaan facebook. Jenguklah
sebentar ke laman facebook dan lihatlah bertapa ramai muslimah tanpa
segan silu meletakkan gambar-gambar memperlihatkan kecantikan
masing-masing dengan pelbagai aksi. Macam-macam gaya ditunjukkan, ada
yang menunjukkan peace, ada yang membeliakkan mata, memuncungkan
mulut dan sebagainya. Apabila bila ditanya apakah motif memperlihatkan
gambar sedemikian rupa? Rata-rata akan menjawab sekadar berkongsi
kegembiraan, pengalaman dan sebagainya. Namun tidakkah dapat kita
berfikir sejenak, memperlihatkan gambar tersebut boleh mendatangkan
pelbagai respon dan persepsi ramai. Terutamanya kepada kaum berlawanan,
gambar tersebut dapat mendatangkan keghairahan. Jikalah kaum hawa
mengetahui apakah kaum adam berkata sesama sendiri mengenai gambar
tersebut, nescaya mereka tidak akan meletak gambar sedemikian rupa lagi!
Islam
merupakan agama yang menghendaki kita bersederhana. Janganlah
berlebih-lebihan meletak gambar, seolah-olah saling berlawan siapakah
memiliki paling banyak gambar. Jika tersangat beringinan untuk
menunjukkan wajah diri sebagai pengenalan diri, cukuplah sekadar meletak
satu gambar dengan syarat gambar tersebut tanpa aksi-aksi tertentu yang
mampu menarik perhatian orang luar. Mudah-mudahan kita mampu melawat
sifat ingin menunjuk-nunjuk ini. Nah... mulalah berubah. Anda mampu
untuk mengatasi penyakit ini!
Sumber: Sini !!
Eh , gambar kita pon ada macam tu ke ? kalau ada , apa tindakan kita ?biarkan je ? delete ? or , do whatever you want .. Assalamualaikum :)
0 ulasan:
Post a Comment