Sunday, 26 May 2013

Other Story: Potong Kuku Mengikut Sunnah Nabi s.a.w


Todayy ?

~Potong kuku mengikut sunnah nabi s.a.w ~

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud ; 
" Barang siapa yang mengerat kukunya pada hari ~~~

Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan & masuk kemiskinan 
Hari  Isnin :  Nescaya keluar daripadanya gila & masuk sihat
Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat & masuk penyakit
Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was_was & masuk padanya kepapaan .
Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila & masuk kepadanya sembuh dr penyakit
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa_dosanya seperti pada hari dilahirkan o ibunya & masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat & masuk kpdnya penyakit


Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, Al-Iman Ibn Hajar Al -'Asqalani [ 10/345] menyebut ; 

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث …. وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)
Maksudnya: “Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”)
Selamat beramal  ,
"Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah ~"
Assalamualaikum

0 ulasan:

Post a Comment